JOHOR BAHRU – Polis sedang giat menjalankan siasatan memburu dua lelaki yang bertindak mengugut seorang pengguna jalan raya dengan bersenjatakan parang dalam satu kejadian di Lebuh Raya Pasir Gudang, dekat sini semalam. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, siasatan berhubung kejadian itu sedang dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS). “Kita ambil maklum berhubung kejadian itu dan polis JBS sedang menjalankan siasatan, kerana tindakan suspek…










