Polis bertugas 24 jam kawal lalu lintas - Utusan Malaysia

Polis bertugas 24 jam kawal lalu lintas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH – Laluan pintu masuk ke negeri ini menerusi daerah ini dikawal 24 jam oleh anggota polis bagi mengelak kesesakan lalu lintas bermula petang semalam.

Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Mohd. Azmir Damiri berkata, 10 peratus daripada sejumlah 200 anggota polis di daerah ini akan bertugas bergilir-gilir bagi tempoh seminggu sebelum raya dan seminggu selepas raya.

Menurutnya, dua lokasi pintu masuk terbabit ialah laluan sempadan Kampung Pacakan/Kuala Besut dan laluan sempadan Bukit Yong /Jerteh.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kesesakan lalu lintas dijangka berlaku di kawasan tersebut disebabkan pelbagai faktor termasuk kenduri kahwin di tepi-tepi laluan utama,” katanya kepada pemberita pada kempen Keselamatan Jalan Raya di Kampung Pacakan di sini semalam.

Sebelum ini, Ketua Polis Kelantan Datuk Hassanuddin Hassan dilaporkan berkata, lebih satu juta kenderaan akan memasuki negeri ini bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Azmir menasihatkan pengguna jalan raya supaya tidak membuat pusingan U semata-mata mahu mengelak kesesakan kerana perbuatan itu boleh mengundang kemalangan sebagaimana pernah berlaku pada musim perayaan yang lepas.

“Mereka juga dilarang menghentikan kenderaan masing-masing semata-mata mahu mengambil gambar sesuatu kejadian kerana tindakan itu boleh menyebabkan kesesakan dan kemungkinan berlaku rempuhan dari arah belakang,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini