MANAMA – Penasihat kanan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump iaitu Jared Kushner menyatakan Washington masih membuka pintu kepada Palestin untuk terbabit dalam ‘pelan damainya’. Terdahulu, Kushner mendakwa kepimpinan Palestin menggagalkan rakyatnya. “Sekiranya mereka sebenarnya mahu membuatkan kehidupan lebih baik, kami kini telah menyediakan rangka kerja di mana mereka boleh terlibat sama dan cuba mencapainya,” kata Kushner ketika beliau menutup persidangan ekonomi di Bahrain hari ini. – AFP










