Peruntuk RM1 bilion beli tanah - Utusan Malaysia

Peruntuk RM1 bilion beli tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Jun – Mah Sing Group Berhad (Mah Sing) memperuntukkan RM1 bilion bagi tujuan pembelian tanah baharu termasuk perindustrian untuk dibangunkan bagi mengintai peluang baharu susulan perang dagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang berpanjangan.

Pengarah Urusan Kumpulan Mah Sing, Tan Sri Leong Hoy Kum berkata, krisis perang dagangan itu menyebabkan syarikat-syarikat China mempertimbangkan untuk beroperasi di negara lain termasuk Asia Tenggara.

Bagaimanapun katanya, sesetengah tanah telah dikhususkan untuk industri dan pihaknya perlu mencari dengan teliti bagi memastikan ia berada di lokasi tepat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Industri merupakan satu lagi fokus penting kami ketika ini selain residensi. Ia ditambah pula dengan ketegangan perdagangan yang secara tidak langsung memberi peluang kepada kami untuk meneroka lebih agresif,” katanya dalam sidang akhbar Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Mah Sing di sini hari ini

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Mah Sing, Datuk Ho Hon Sang serta Pe­ngarah ­Eksekutif Korporat dan Pelaburan, Datuk Steven Ng.

Setakat 31 Mac 2019, bank tanah Mah Sing berjumlah 849.44 hektar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) dan jualan yang belum dibilkan berjumlah RM25.1 bilion.

Kunci kira-kira syarikat adalah sihat dengan baki tunai dan bank berjumlah RM1.3 bilion ­setakat 31 Mac 2019.

Tambah Hoy Kum, beliau optimis syarikat mampu mencapai sasaran jualan minimum RM1.5 bilion tahun ini.

“Kami dalam segmen tepat dan kebanyakan projek kami adalah pembangunan ber­orientasikan transit. Sebanyak 81 peratus projek kami berharga bawah RM700,000 dan 50 peratus di bawah RM500,000 yang mana harga mampu milik itu dapat memberi pilihan lebih baik kepada golongan berpendapatan sederhana (M40),” ujarnya.

Mengenai bank tanah, Hoy Kum berkata, potensi lokasi tanah adalah pelbagai, tetapi fokus buat masa ini masih di sekitar Lembah Klang memandangkan pertumbuhan populasi di kawasan berkenaan berkembang dengan pantas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini