SHAH ALAM – Seorang penjenayah nekad bertindak sendirian merompak sebuah bank dalam tempoh lima minit dengan melarikan wang tunai hampir RM130, 000 dalam kejadian di Jalan Kontraktor U1/14, Hicom Glenmarie Industrial di sini semalam. Dalam kejadian pukul 3.50 petang itu, suspek turut melepaskan dua tembakan ke bahagian siling bank menerusi pistol automatik yang dibawanya. Namun tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin…










