Perincikan latar belakang anggota PPKPI - Utusan Malaysia

Perincikan latar belakang anggota PPKPI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan perlu memperincikan latar belakang keanggotaan Pasukan Petugas Khas Pendidikan Islam (PPKPI) yang akan mengkaji pelbagai aspek mengenai mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah kebangsaan bagi tujuan menambah baik subjek sedia ada.

ZAMBRI MOHD. ISA

Pengerusi Keilmuan Nasional, Zambri Mohd. Isa berkata, ini kerana pihaknya bimbang mengenai status serta kelayakan keanggotaan PPKPI yang akan mencerminkan laporan kajian tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya lagi, pihaknya juga berpandangan adalah tidak wajar apabila kementerian membenarkan orang bukan Islam mengemukakan cadangan mengenai penambahbaikan bagi mata pelajaran Pendidikan Islam.

“Keilmuan Naisonal berpandangan adalah tidak wajar membenarkan mereka yang bukan beragama Islam memberi cadangan untuk bagi mata pelajaran Pendidikan Islam.

“Ini kerana hal ehwal berkaitan agama Islam sewajarnya diurus dan ditadbir oleh orang Islam itu sendiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya lagi, pihaknya juga mendesak agar kementerian menggantung PPKPI buat sementara waktu sehingga diperjelaskan objektif, kaedah perlaksanaan serta keanggotaannya.

“Keilmuan Nasional juga memberi amaran kepada pihak kementerian agar lebih sensitif dan berhati-hati terutama terhadap perkara yang melibatkan hal ehwal agama dan orang Islam,” katanya lagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini