KUALA LUMPUR – Sebahagian laluan di Jalan Sungai Buloh akan ditutup sementara untuk memberi laluan kepada pelancaran rasuk jambatan pada 19 hingga 21 Jun ini.
–
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) memaklumkan, penutupan itu akan dilakukan dari pukul 11 malam hingga 4.30 pagi.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Langkah-langkah keselamatan seperti kawalan lalu lintas, pemasangan kon keselamatan dan papan tanda amaran akan ditempatkan di kawasan berkenaan.
“Pihak kami memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang dialami pengguna dan diharapkan semua pihak memberi kerjasama,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.











