TAWAU – Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di kilometer 18 Jalan Tawau-Merotai, petang semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 3.39 petang itu, mangsa maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah. Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintenden Nor Azizulkifli Mansur berkata, kejadian berlaku apabila mangsa yang menghala ke Tawau secara tiba-tiba masuk ke lorong bertentangan ketika cuba memotong sebuah kereta sebelum bertembung sebuah lori yang…










