JAKARTA – Pemimpin Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) menerima ucapan tahniah atas pemilihan semula beliau sebagai Presiden negara berkenaan dalam pilihan raya pada tahun ini. Ketua Protokol Negara, Andri Hadi yang menemani dan rapat dengan Jokowi berkata, hampir semua ketua negara atau kerajaan yang bertemu dengan Presiden Jokowi mengucapkan tahniah kepadanya, memetik laporan portal Tribunnews. “Tahniah, tahniah,” kata Andri sambil menyebutkan semula perkataan pertama oleh ketua-ketua negara atau kerajaan ketika bertemu…










