Penternak lembu ditembak pencuri makin stabil

Penternak lembu ditembak pencuri makin stabil

ABDUL Kadir Mohamad menunjukkan gambar kecederaan yang dialami anaknya selepas terkena tembakan rambang pencuri lembu di Ladang Kemahang 1, Tanah Merah, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Seorang penternak lembu yang cedera pada bahagian dagu selepas ditembak pencuri semasa melakukan rondaan mencegah kecurian haiwan itu di Ladang Sawit Kemahang 1 di sini semakin stabil.

Bagaimanapun, mangsa, Mohd. Khairi Amri Ab. Kadir, 43, masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tanah Merah di sini.

Mohd. Amirul Akil, 38, berkata, dia dan seluruh keluarga mendoakan semoga abangnya itu diberikan kesembuhan serta dapat kembali semula ke rumah dengan kadar segera.

“Sejujurnya saya dan keluarga terkejut dengan apa yang menimpa abang. Kami berharap pihak berkuasa dapat memberikan perhatian kepada perkara ini,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Felda Kemahang 1 di sini hari ini.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, niat murni seorang pemuda membantu penduduk kampung membanteras kegiatan curi lembu bertukar tragedi apabila dia parah selepas terkena tembakan rambang di Ladang Kemahang 1, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, mangsa, Mohd. Khairi Amri yang kali pertama menyertai rondaan bersama sekumpulan penduduk kampung dilaporkan terkena tembakan di bahagian rahang.

Susulan itu, polis giat memburu lima lelaki warga tempatan dan Thailand bagi membantu siasatan kes tembak seorang penternak lembu dalam kejadian di ladang kelapa sawit Kemahang di sini awal pagi tadi.

Terdahulu hari ini, Mahkamah Majistret di sini menolak permohonan reman terhadap empat individu bagi membantu siasatan kes seorang penternak lembu yang cedera pada bahagian dagu selepas ditembak dalam kejadian di ladang kelapa sawit Kemahang, di sini semalam.

Keputusan itu dibuat Majistret Tun Faez Fikhrie Tun Asrul Saini selepas mendapati tiada kaitan yang cukup kuat antara suspek terlibat dengan kesalahan disiasat.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN