KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan tidak bercadang melaksanakan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) terhadap kakitangannya buat masa ini dan memilih untuk meneliti keperluan semasa serta melihat pengalaman pihak-pihak yang telah melaksanakannya. Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, perkara tersebut juga belum dibincangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan setakat ini. Katanya, jika berasakan ada keperluan atau setelah melihat prestasi kerja mana-mana pihak yang melaksanakan BDR tidak terjejas,…










