KUALA LUMPUR 26 Jun – Petronas Chemicals Group (PCG) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Plastic Energy Ltd., syarikat kitar semula kimia untuk bekerjasama menangani sisa plastik yang tidak boleh dikitar semula secara konvensional di Malaysia. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Chemicals, Datuk Sazali Hamzah berkata, kerjasama strategik itu menandakan langkah pertama ke arah ekonomi yang memaksimumkan rantaian nilai plastik. Katanya, PCG dan Plastic Energy akan melaksanakan kajian untuk…










