Pas Perlis kecewa Muhammad Zamri Vinoth dijemput pada Muktamar Dewan Pemuda Pas - Utusan Malaysia

Pas Perlis kecewa Muhammad Zamri Vinoth dijemput pada Muktamar Dewan Pemuda Pas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Dewan Pemuda Pas Perlis kecewa kerana pendakwah bebas, Muhammad Zamri Vinoth Kalimutuhu dijemput untuk menyampaikan ucapan pada Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat Ke-60 semalam.

Wakil Pemuda Pas Perlis, Mohamad Azreen Jumri berkata, Muhammad Zamri Vinoth banyak melontarkan komen negatif kepada Pas Perlis termasuk menyalahkan mereka dalam isu pemecatan 25 imam di negeri itu.

“Kami PAS Perlis terkilan dengan Muhammad Zamri Vinoth kerana walaupun seorang pendakwah, tapi dia bercakap tidak serupa bikin. Kami dikatakan sebagai punca dalam pemecatan imam-imam di Perlis.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemuda Pas Perlis ingin mencadangkan supaya kepimpinan membuat kajian siapa yang diberi ruang untuk berucap semasa sidang Muktamar bagi mengelakkan masalah pada masa depan,” katanya ketika membahaskan ucaptama Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat pada Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat Ke-60 di Pusat Konvensyen, Bukit Gambang Resort City (BGRC) di sini hari ini.

Semalam, semasa hari pertama Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Pusat, Muhammad Zamri Vinoth diberi peluang untuk berucap sebagai tetamu jemputan.

Majlis itu turut menyaksikan seorang wakil Jabatan Amal Pas dari Perlis, Amirul Jufri Mat Saman bangun meminta penjelasan mengapa pendakwah bebas itu dibenarkan berucap. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini