Pameran Pusaka tampil 12 karya tentang warisan negara - Utusan Malaysia

Pameran Pusaka tampil 12 karya tentang warisan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Galeri Seni Bank Negara mempelawa orang ramai ke Pameran Pusaka: Warisan Kemudi Wawasan yang akan diadakan di Galeri Seni, Muzium Bank Negara, Sasana Kijang di sini bermula 17 April lalu sehingga 28 September ini.

Pameran menampilkan 12 karya instalasi seni yang menarik dan mendalam dengan mengetengahkan warisan negara melalui perkembangan sosio ekonomi daripada pelbagai aspek antaranya pendidikan, ekonomi, sukan, sastera dan alam semula jadi.

Antara seniman yang terlibat dalam pameran itu ialah Zulkifli Yusoff, Ahmad Fuad Osman, Bibi Chew, Dain Iskandar Said dan Hayati Mokhtar, Azizan Paiman, Sharmiza Abu Hassan, Chong Kim Chiew, Lisa Foo, Umibaizurah Mahir@Ismail, Haslin Ismail, Haris Abadi dan Jamil Zakaria.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sempena pameran itu, pelbagai program seperti bengkel, forum, bicara bersama seniman serta lawatan bersama kurator disusun untuk pengunjung. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini