PUTRAJAYA – Tan Sri Othman Hashim dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) yang baharu. Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan memaklumkan, selaras dengan Subseksyen 6(1) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 (Akta 597), Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan Othman sebagai Pengerusi Suhakam. Selain itu kenyataan sama memaklumkan pelantikan tujuh lagi anggota Suhakam yang baharu. “Pelantikan ini menurut subseksyen 5(2) Akta 597 dan diperkenankan oleh Seri Paduka…










