PUTRAJAYA – Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Tan Sri Othman Hashim dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bagi sesi 2019 hingga 2022. Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, pelantikan beliau telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaras dengan subseksyen 6(1) Akta 597. Menurut kenyataan itu, pelantikan Othman itu turut melibatkan pelantikan tujuh orang anggota Suhakam yang baharu. “Anggota yang…










