Normah Omar dinobat wanita kedua paling berpengaruh - Utusan Malaysia

Normah Omar dinobat wanita kedua paling berpengaruh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Pengarah Institut Penyelidikan Perakaunan (ARI), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Dr. Normah Omar telah dinobatkan sebagai wanita paling berpengaruh dalam bidang Kewangan Islam oleh Cambridge International Finance Advisory.

NORMAH Omar bersama pengiktirafan yang diterima sebagai wanita paling berpengaruh dalam bidamg kewangan Islam oleh Cambridge International F8nance Advisory pada majlis 'The 2nd WOMANi Gala Dinner and Awards' di JW Marriott Marquis Hotel, Dubai, Isnin lalu. – Gambar sumber media sosial ARI

UiTM dalam satu kenyataan semalam berkata, penganugerahan itu diumumkan pada majlis ‘The 2nd WOMANi Gala Dinner and Awards’ di JW Marriott Marquis Hotel, Dubai, Isnin lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Cambridge International Finance Advisory merupakan sebuah organisasi perkhidmatan kewangan yang berpusat di United Kingdom, iaitu menyediakan khidmat nasihat strategik kepada badan kerajaan, institusi kewangan dan organisasi dua-hala dalam memajukan pasaran kewangan.

“Prof. Dr. Normah disenaraikan di tempat kedua, selepas Datuk Noripah Kamso, Pengerusi Bank Rakyat.

“Anugerah ini sekali gus mengiktiraf dedikasi dan kesungguhan Prof. Dr. Normah dalam usaha beliau memajukan kajian perlakuan jenayah dalam bidang Kewangan Islam atau Kriminologi Kewangan Islam,” kata UiTM.

Normah adalah penyelidik perintis dalam bidang Kriminologi Kewangan Islam di mana sumbangan dan kesungguhan beliau telah berjaya mencapai aspirasi Malaysia sebagai hab kewangan Islam.

Di bawah pimpinan beliau juga, ARI telah diberikan status Pusat Kecemerlangan Institusi Pengajian Tinggi oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia sejak 2010 dan institut itu secara berterusan meletakkan penyelidikan dalam bidang Kewangan Islam sebagai fokus utama.

“Selaras dengan kepakarannya dalam bidang itu, Prof. Dr. Normah telah banyak memberikan sumbangan dengan menjalin kerjasama dengan agensi dan badan kerajaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Persatuan Pemeriksa Penipuan Bertauliah, Persatuan Pakar Bertauliah Anti-Pengubahan Wang Haram dan beberapa persatuan lagi, ” kata kenyataan itu. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini