KUALA LUMPUR – Selepas seminggu mengakhiri karier sebagai pemain profesional, legenda skuasy negara, Datuk Nicol David telah memulakan perjalanan baharu untuk terus mencurah bakti dengan memberi inspirasi kepada bakat dalam sukan berkenaan. Juara dunia lapan kali berusia 35 tahun itu, telah melancarkan kempen ‘It’s Mine’, iaitu program kesedaran bersama Persatuan Skuasy Profesional (PSA) bagi membantu memupuk rasa kepunyaan dan pemilikan dalam kalangan pemain dan pada Jelajah Dunia PSA. Kempen tersebut…










