Neymar perlu pilih Barca - Rivaldo - Utusan Malaysia

Neymar perlu pilih Barca – Rivaldo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Neymar membuat kesilapan besar apabila meninggalkan Barcelona, dakwa Rivaldo, dengan pemain kebangsaan Brazil itu dilihat paling sesuai kembali semula ke Camp Nou berbanding berubah angin ke Real Madrid.

Dua tahun selepas berpindah dari Catalunya ke Paris Saint-Germain (PSG), nilai perbelanjaan mencecah 222 juta euro (RM1.04 bilion) untuk mendapatkan bintang tersebut ternyata tidak berbaloi.

Pemain berusia 27 tahun itu berkata, dia mahu meninggalkan Parc des Princes, dengan beberapa kelab La Liga dilaporkan berminat untuk mendapatkannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Madrid antara kelab yang sudah lama mengimpikan pemain dari benua Amerika Selatan itu, dan kesediaannya itu merupakan peluang keemasan untuk mereka menyambar Neymar.

“Saya lagi suka lihat Neymar pulang ke Camp Nou. Ia lebih bagus untuk Barca termasuk dia sendiri. Adalah satu kesilapan ketika dia meninggalkan Barca walaupun dia tidak berkata demikian, termasuk bapanya, namun ia terbukti.

“Dia mempunyai empat atau lima tahun dalam kontraknya bersama Barca dan tidak perlu meinggalkan Camp Nou. Penyokong tidak mahu dia pergi. Saya rasa 70 peratus mahukan dia kekal.

“Dia mempunyai perwatakan yang hebat dan jika dia pulang, meledak gol semula, tewaskan Real Madrid dan memenangi Liga Juara-Juara, semua orang akan lupakan tentang peristiwa lama,” kata Rivaldo, yang juga bekas pemain Barcelona sekitar 1997-2002.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini