LONDON – Pemain sensasi Brazil, Neymar bakal dijual oleh Paris Saint-Germain (PSG) pada musim panas ini, lapor akhbar harian Perancis, L’Equipe.
Dalam laporan tersebut menyatakan bahawa PSG sedia melepaskan pemain berusia 27 tahun itu seandainya terdapat tawaran yang besar daripada kelab lain.
Bekas pasukan Neymar, Barcelona dan pencabar utama La Liga, Real Madrid dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain sayap tersebut.
PSG bagaimanapun hanya ingin melepaskan Neymar dengan harga yang lebih tinggi ketika mereka membelinya pada 2017 iaitu 222 juta euro (RM1.03 bilion) oleh kelab ibu negara Perancis itu
Laporan itu muncul selepas Presiden PSG, Nasser al-Khelaifi dalam kenyataannya berkata, dia tidak akan menyimpan pemain ‘diva’ dalam kelabnya.- AGENSI











