Muhammad Adib: Keadilan, tuntutan yang tiada keputusan - Pas - Utusan Malaysia

Muhammad Adib: Keadilan, tuntutan yang tiada keputusan – Pas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 20 Jun – Pas menyenaraikan beberapa kepincangan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sepanjang mentadbir negara termasuk isu kematian Muhammad Adib Mohd. Kassim.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad berkata, sehingga kini kematian anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya itu masih tidak mendapat keadilan dan tuntutan yang tiada keputusan.

“Impian untuk perubahan lebih baik bertukar kepada perubahan yang lebih pincang di bawah pentadbiran kerajaan PH.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Terlalu banyak isu dalam setahun lebih era Malaysia baharu. Kita dapat lihat isu melibatkan institusi agama, institusi Raja-Raja Melayu di samping keadilan dan tuntutan yg tiada keputusan dalam kes kematian Muhammad Adib yang tiada pembelaan,” katanya dalam ucaptama sempena Muktamar Tahunan Dewan Ulama Ke-58 di Wisma Belia di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini