MR. DIY enggan dedah rancangan IPO - Utusan Malaysia

MR. DIY enggan dedah rancangan IPO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Peruncit perkakas rumah terbesar Malaysia, Mr. DIY Group Sdn. Bhd. enggan mendedahkan rancangannya untuk melancarkan tawaran awam awal (IPO) tahun ini.

Pengarah Urusannya, Adrian Ong enggan mengulas berkaitan laporan berita awal tahun ini bahawa syarikat itu merancang untuk melancarkan IPO yang dapat mengumpul antara RM1.5 bilion dan RM2.1 bilion pada suku keempat tahun ini.

“Bagaimanapun, Mr. DIY akan terus giat melaksanakan strategi pengembangan syarikat,” katanya kepada pemberita di majlis pembukaan cawangan ke-500 Mr. DIY di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, syarikat telah membuka lebih 100 cawangan setiap tahun dalam tempoh dua tahun lepas.

“Kami merasakan bahawa kami perlu meneruskan langkah ini sekurang-kurangnya untuk masa depan yang boleh dijangkakan,” katanya.

Syarikat juga berusaha untuk mempertingkat kecekapan agar kekal berdaya saing.

Tahun lepas, Mr. DIY mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM300 juta dan perolehan pada RM1.8 bilion.

Ia memberi perkhidmatan kepada lebih tujuh juta pelanggan sebulan menerusi cawangannya serta platform dalam talian. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini