MPS pilih 88 individu terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) - Utusan Malaysia

MPS pilih 88 individu terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seramai 88 individu terpilih menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2018 dalam Majlis Perbandaran Selayang (MPS), di Lobi Menara MPS, Selasa lalu.

MPS dalam satu kenyataan memaklumkan, anugerah berkenaan sebagai tanda pengiktirafan dan penghargaan terhadap perkhidmatan mereka yang telah berjasa kepada MPS.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Ahli Dewan Negeri Gombak Setia merangkap Setiausaha Politik kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Muhammad Hilman Idham kepada semua penerima.

Memuatkan artikel berkaitan…

MPS berkata, seramai 22 individu juga telah menerima Anugerah Jasamu Dikenang 2019 bagi yang akan bersara pada tahun ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini