KUALA LUMPUR – Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), hari ini mengesahkan telah menyerahkan kepada Pesuruhjaya Sukan (PJS) dalam menentukan status kelayakan bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk bertanding merebut jawatan presiden di sebalik kelewatan menghantar borang pencalonan. Bukan sahaja Khairy, status empat lagi calon turut diserahkan kepada PJS untuk ditentukan sama ada layak bertanding ataupun tidak selepas lewat menghantar borang pencalonan masing-masing pada 15 Jun lalu, sehari…










