MotoGP: Petrucci anggap kemenangan sebagai luar biasa - Utusan Malaysia

MotoGP: Petrucci anggap kemenangan sebagai luar biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUGELLO 3 Jun – Pelumba Ducati, Danilo Petrucci meraih gelaran pertama MotoGP di laman sendiri selepas berjaya menewaskan juara dunia, Marc Marquez dalam perlumbaan Grand Prix (GP) Itali.

“Meraih kemenangan di depan penyokong sendiri dan bandar saya, ia memang sesuatu yang luar biasa malah sukar untuk gambarkan perasaan ini.

“Saya capai sasaran untuk memenangi perlumbaan musim ini, dan sekarang kami perlu menang kejuaraan bersama Ducati pula,” kata Petrucci.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam perlumbaan tersebut Petrucci menamatkan aksi dengan catatan masa 41 minit 33 saat (s) manakala Marquez di tempat kedua ketinggalan 0.043s dan Andrea Dovizioso di tempat ketiga dengan perbezaan catatan 0.338s. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini