Morib Fun Run 2019 tawar wang tunai, telefon pintar - Utusan Malaysia

Morib Fun Run 2019 tawar wang tunai, telefon pintar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Orang ramai yang menyertai acara larian Morib Fun Run 2019 di Dataran Pantai Morib, Banting, Selangor pada 16 September ini berpeluang memenangi wang tunai dan telefon pintar.

Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) memaklumkan, penyertaan masih dibuka kepada semua yang berminat sehingga 30 Ogos ini dengan bayaran penyertaan sebanyak RM30.

“Semua peserta akan menerima baju T dan medal serta hadiah wang tunai bernilai RM150, RM100 dan RM50 untuk pemenang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pelari yang bertuah juga berpeluang memenangi sebuah telefon pintar, sebuah televisyen saiz 40 inci dan lima buah basikal dalam cabutan bertuah,” katanya dalam satu kenyataan.

Pendaftaran secara dalam talian masih boleh dibuat di www.runaway.com.my atau hubungi Jabatan Pembangunan Masyarakat di 03-3180 3140 untuk maklumat lanjut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini