SEOUL – Cadangan untuk menutup dan menjual Malaysia Airlines Berhad (MAB) seperti disuarakan beberapa pihak sebelum ini dilihat sebagai langkah yang tidak wajar dilaksanakan. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines, Izham Ismail, langkah itu akan melibatkan kos yang tinggi dan memberi kesan kepada rantaian perniagaan di bawahnya. Dalam pada itu, beliau memberitahu, pihaknya juga masih menunggu lampu hijau dari Khazanah Nasional Berhad yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir…










