Pada 2009, dengan jarak hampir 804.6 kilometer (km) dari langit Siberia, dua satelit bertembung dengan kelajuan kira-kira 35,888 kilometer sejam menghamburkan ribuan serpihan ke ruang angkasa. Perlanggaran pada kelajuan tinggi itu merupakan angkara satelit Cosmos 2251 yang tidak aktif milik Rusia yang bertembung dengan satelit komunikasi Amerika Syarikat yang aktif, Iridium 33. Kejadian itu mencatat sejarah pertama perlanggaran antara dua satelit di angkasa lepas sehingga mencetuskan kebimbangan tentang masalah sampah…










