Mediu sumbang kitab suci Al-Quran kepada Masjid Himmatul Aliah - Utusan Malaysia

Mediu sumbang kitab suci Al-Quran kepada Masjid Himmatul Aliah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Universiti Antarabangsa Al-Madinah (Mediu) menyerahkan sumbangan wakaf al-Quran kepada Masjid Himmatul Aliyah di Kampung Seri Gambut di sini semalam.

Menurut wakil Mediu, Mohamad Khusyairi Abdul Aziz, sumbangan tersebut membuktikan kesatuan ummah dalam menyemarakkan bulan Ramadan yang datang sebulan dalam setahun.

“Mediu sebagai pusat pendidikan yang mendidik pelajar tempatan dan antarabangsa sentiasa komited untuk mewujudkan budaya membaca dalam kalangan umat Islam sepanjang masa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya difahamkan sebelum ini Mediu pernah memberi sumbangan wakaf Al Quran di lain-lain masjid dan surau di negeri. Langkah ini adalah baik bagi mengukuhkan institusi pendidikan dengan pihak masjid, “katanya kepada Utusan Online selepas Majlis Penyampaian Wakaf Al Quran di sini.

Yang hadir sama ialah Bendahari Masjid Himmatul Aliyah, Abu Bakar Abdul Razak.

Mohamad Khusyairi yang juga Pengerusi Kelab Sukan dan Rekreasi Parlimen Kota Raja berkata, sebagai anak tempatan beliau sentiasa mengalu-alukan sumbangan sedemikian.

“Walaupun sumbangan ini melibatkan jumlah yang kecil tetapi barakahnya yang kita lebih penting,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini