LONDON – Selepas membantu Perancis menjulang trofi Piala Dunia tahun lalu, Kylian Mbappe teruja untuk beraksi bersama Les Bleus dalam Kejohanan Eropah (Euro) serta Sukan Olimpik pada 2020. Sebaik sahaja Perancis melayakkan diri dalam Sukan Olimpik di Tokyo, penyerang berusia 20 tahun itu menluis ‘Tokyo 2020’ di akaun Twitter miliknya. Walaupun Mbappe tidak pernah beraksi bersama skuad Bawah 21 (B-21) negaranya namun dia masih boleh beraksi dalam skuad Olimpik Perancis…










