PASIR PUTEH – Kehilangan seorang lelaki di Kampung Lepah, Selising, dekat sini, sejak Khamis lalu terjawab selepas satu mayat reput ditemukan dalam keadaan terlentang di kawasan hutan berdekatan petang semalam. Mayat lelaki berusia 53 tahun itu ditemukan dalam keadaan mengerikan apabila keseluruhan badannya dipenuhi ulat. Menurut sumber penduduk, mangsa yang keluar untuk meracik burung petang Khamis dikatakan tidak pulang ke rumah menjelang malam sebagaimana lazimnya. Katanya, penduduk juga menemukan jebak…










