KUALA TERENGGANU – Mayat kanak-kanak berusia sembilan tahun yang terjatuh ketika bermain air bersama adik-beradiknya di Lagun Kuala Ibai di sini hari ini ditemukan kira-kira pukul 4.48 petang tadi. Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu , Timbalan Penguasa Bomba Zakariya Mohamed berkata, mayat Muhammad Aidil Muhammad Razali ditemukan kira-kira 300 meter dari lokasi dilaporkan terjatuh. “Ketika itu keadaan air surut dan mangsa dijumpai pasukan penyelamat yang…










