Marquez tidak kisah tewas kepada Petrucci - Utusan Malaysia

Marquez tidak kisah tewas kepada Petrucci

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ITALI – Pelumba MotoGP pasukan Honda, Marc Marquez akui dia tidak kisah kalah kepada pelumba Ducati, Danilo Petrucci dalam aksi di Mugello semalam asalkan bukan ditewaskan oleh seteru utamanya Andrea Dovizioso.

Kata Marquez, dia memilih untuk kekal di posisi tempat kedua kerana mahu memastikan Dovizioso tidak mengambil kesempatan memintas kedudukannya sepanjang perlumbaan berlangsung.

“Apabila saya lihat Petrucci di hadapan dan di belakang saya adalah Dovizioso, saya hanya memikirkan keadaan tersebut baik untuk saya dan memilih tidak akan cuba memintas tetapi akan bertahan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sekiranya saya cuba untuk memintas maka ia akan membuka ruang kepada Dovizioso untuk memintas saya semula dan saya tidak mahu mengambil risiko berkenaan,” katanya.

Biarpun sekadar menamatkan aksi di tempat kedua namun ia tetap membantu Marquez untuk menjarakkan kedudukan sebagai pendahulu kejuaraan dunia daripada Dovizioso yang menamatkan saingan di tempat ketiga selepas pertarungan sengit tiga penjuru. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini