KUALA LUMPUR – Maritim Malaysia Labuan akan meningkatkan langkah pemeriksaan keselamatan semasa Aidilfitri bagi mengelak aktiviti penyeludupan. Ketua Penguatkuasa Maritim Labuan, Kapten Maritim Che Adnan Md. Isa berkata, pemeriksaan mengejut dilakukan bagi menentukan operator bot penumpang serta feri mematuhi sepenuhnya prosedur keselamatan. “Kita tidak mahu ada laporan mengenai bot dan feri terlebih muatan terutama pada musim perayaan ini kerana soal keselamatan penumpang sangat penting. “Lebih banyak pemeriksaan dilakukan terhadap feri…










