PASIR PUTEH – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) hari ini menyuntik semangat Laskar Kelas 1, Che Ku Syahmizam Che Ku Muhammad apabila menziarahi anggotanya yang lumpuh separuh badan itu di rumahnya di Kampung Air Tawar, Besut. Rombongan itu diketuai Timbalan Pengarah Maritim Malaysia Kelantan, Komander Maritim Ismail Hamzah dan dibuat sempena Program Cakna dan Ziarah Muhibah anjuran agensi terbabit. Timbalan Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia Kelantan, Wan Khairi Wan Hamat…










