KUALA LUMPUR – Timor Leste menyifatkan pertemuan dengan Malaysia dalam aksi playoff pertama kelayakan Piala Dunia 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, malam esok, adalah sukar memandangkan pemain tuan rumah berada di kelas tersendiri. Bagaimanapun ketua jurulatihnya, Norio Tsukitate mengharapkan anak-anak buahnya akan melakukan sesuatu dengan tumpuan diberi untuk pemain kembali semula ke posisi masing-masing selepas melakukan gerakan di hadapan gawang lawan. Menurut jurulatih dari Jepun itu, beliau…










