JAKARTA 19 Jun – Permainan dalam talian Player Unknown’s Battleground (PUBG) difatwakan haram oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI) Aceh selepas ia didakwa menghina agama Islam dan membuatkan pemain bertindak di luar kawalan. Fatwa terbabit dikeluarkan di wilayah Aceh selepas Iraq, Nepal dan negeri Gujarat di India melakukan langkah serupa sebelum ini. MUI hari ini menggesa penduduk tempatan agar berhenti bermain permainan terbabit dan mendesak kerajaan tempatan mengenakan larangan terhadapnya. Fatwa…










