Mahkota jadi tanda nilai GRO - Utusan Malaysia

Mahkota jadi tanda nilai GRO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA – Polis berjaya mematahkan aktiviti tidak bermoral di sebuah pusat hiburan selepas menahan 37 gadis pelayan pelanggan (GRO) warganegara asing dalam satu serbuan Ops Noda di sebuah pusat hiburan di Jalan USJ 25/1 di sini awal pagi tadi.

Serbuan itu dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor yang bermula pada pukul 1.30 pagi itu.

Menurut Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintendan Azmi Syukor, kesemua wanita itu berusia 21 hingga 28 tahun yang terdiri daripada 36 warga Thailand dan seorang warga Kemboja.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Polis turut menahan tiga lelaki warga Bangladesh berusia lingkungan 30-an yang bekerja sebagai pembantu bersama seorang lelaki warga tempatan berusia lingkungan 50-an yang menjadi pengurus premis berkenaan.

“Mereka sudah beroperasi hampir dua tahun dan untuk tahun ini sahaja, ini adalah kali ketiga mereka diserbu oleh pihak berkuasa. Kali terakhir serbuan dijalankan oleh Jabatan Imigresen pada April lalu,” katanya di sini hari ini.

Azmi menambah, polis turut merampas 12 mahkota yang menjadi ‘tanda’ daripada pelanggan bagi setiap GRO yang mereka pilih.

“Kesemua GRO tersebut akan melakukan pertunjukan ‘catwalk’ di atas pentas khas bagi menarik minat pelanggan.

“Pelanggan yang berminat perlu memaklumkan kepada pengurus premis atau penjaga yang dikenali sebagai ‘Mami’ untuk menempah GRO yang diinginkn sebelum memakaikan mahkota kepada gadis yang mereka mahukan dengan bayaran sebanyak RM1,000 perlu diberikan,” ujarnya.

Beliau berkata, daripada bayaran tersebut, gadis-gadis itu akan menerima 70 peratus daripada bayaran itu, manakala selebihnya akan diambil oleh pengurus mereka.

“Pelanggan juga boleh mendapatkan khidmat GRO tersebut dengan kadar bayaran dari RM150 hingga RM300 bagi setiap sesi layanan.

“Kesemua individu yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di sini untuk siasatan selanjutnya. Kes disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/1963, Seksyen 6(3) akta sama, Seksyen 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 11 Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan (EHTTH) 1995,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini