Lukaku semakin hampir sertai Inter - Utusan Malaysia

Lukaku semakin hampir sertai Inter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Penyerang Manchester United, Romelu Lukaku dilaporkan telah bersetuju menyertai Inter Milan dengan menerima tawaran gaji yang lumayan.

Pemain antarabangsa Belgium itu secara dasarnya telah bersetuju untuk menyertai kelab gergasi Serie A tersebut meskipun nilai perpindahannya masih lagi belum diputuskan oleh ke­dua-dua kelab berkenaan.

United dikatakan bersedia melepaskan pemain berusia 26 tahun itu dengan harga £75 juta (RM394 juta), namun Inter masih lagi belum memberi sebarang jawapan.

Menurut media di England, Lukaku bakal menerima gaji £180,000 (RM948,105) se­minggu selepas bersetuju de­ngan syarat yang diberikan oleh kelab berkenaan.

Dia mahu memulakan semula kariernya dengan meninggalkan Old Trafford selepas mengharu­ngi musim yang mengecewakan bersama United meskipun meledakkan 42 gol dalam 96 perlawanan.

Inter kini menjadi destinasi pi­lihan untuk mendapatkan khid­mat pemain tersebut, namun mereka mungkin berdepan persaingan daripada Juventus yang turut meluahkan minat mereka sebelum ini.

The Red Devils pula bersedia melepaskan Lukaku kerana mahu menggantikannya dengan perancang Bournemouth yang berharga £50 juta (RM262.7 juta), David Brooks. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×