Loji rawatan air Sungai Semenyih henti tugas ekoran insiden pencemaran bau  - Utusan Malaysia

Loji rawatan air Sungai Semenyih henti tugas ekoran insiden pencemaran bau 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR-  Beberapa kawasan di Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang dijangka mengalami gangguan bekalan air dan tekanan rendah bermula pukul 9.00 malam ini.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd (Syabas) dalam satu kenyataan berkata, loji Rawatan Air Sungai Semenyih terpaksa dihentikan tugas ekoran daripada berlakunya pencemaran bau di kawasan tersebut.

“Pihak kami sedang mengemaskini maklumat kawasan yang turut terjejas dan berusaha untuk mengatasi masalah ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pengguna dinasihatkan untuk menyimpan air yang mencukupi bagi tempoh gangguan bekalan air sementara itu dan disarankan menggunakan air secara berhemah untuk mengelakkan pembaziran,” katanya.

Sila rujuk aplikasi telefon bimbit Air Selangor dan laman sesawang www.syabas.com.my bagi mendapatkan maklumat dan status terkini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini