Lima maut akibat denggi di Negeri Sembilan - Utusan Malaysia

Lima maut akibat denggi di Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Lima orang maut akibat denggi daripada 1,059 kes yang dilaporkan di Negeri Sembilan pada minggu ke-22 sehingga Sabtu lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S. Veerapan berkata, ini berbanding tiada kes kematian dalam tempoh yang sama pada tahun lepas.

Katanya, jumlah kes denggi meningkat sebanyak 106 peratus berbanding 513 kes yang dicatatkan bagi tempoh sama pada tahun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Taburan kumulatif kes denggi di negeri ini pada tahun ini adalah sebanyak 859 kes di Seremban, Tampin (59), Port Dickson (49), Jempol (35), Rembau (20), Jelebu (19) dan Kuala Pilah (18),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Veerapan berkata, sehingga Sabtu lalu sebanyak 14 lokaliti wabak dikesan masih aktif di daerah Seremban manakala satu di Port Dickson. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini