BEIJING – Satu kejadian disyaki letupan di sempadan China-Korea Utara mencetuskan gempa bumi lemah semalam, kata ahli seismologi dan pihak berkuasa China.
Letupan itu dikesan kurang sejam selepas Presiden China, Xi Jinping diberitakan akan melawat Pyongyang.
Menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China, gegaran bermagnitud 1.3 pada skala Richter itu berlaku pada kedalaman 0 meter di bandar Hunchun, wilayah Jilin pada pukul 7.38 (waktu tempatan).
Portal berita Express.co. melaporkan bahawa letupan itu menimbulkan spekulasi bahawa Pyongyang melakukan ujian nuklear terbaharunya.
Sekiranya dakwaan tersebut benar, ujian nuklear baharu oleh Pyongyang akan mengancam hubungan rapuh dengan Barat tetapi beransur dipulihkan susulan pertemuan antara pemimpin Korea Utara dan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. – AFP/ Agensi











