Lelaki beri tupai makan dadah ditangkap polis - Utusan Malaysia

Lelaki beri tupai makan dadah ditangkap polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALABAMA – Seorang lelaki yang mencetuskan kontroversi kerana memberi makan tupai belaannya dengan dadah jenis methamphetamine ditahan polis baru-baru ini.

Mickey Paulk ditahan ketika satu serbuan dibuat di sebuah hotel, di Killen dekat sini.

Cubaan Paulk untuk melarikan diri ketika itu gagal selepas motosikal diboncengnya bertembung dengan kereta polis.

Memuatkan artikel berkaitan…

Polis memberitahu lelaki tersebut turut dikesan menyembunyikan pistol pada tubuhnya.

Beliau didakwa atas kesalahan memiliki harta curi, cuba melarikan diri, memiliki senjata api tanpa kebenaran dan beberapa kesalahan lain.

Paulk kini ditahan di Pusat Tahanan Lauderdale untuk disiasat.

Lelaki tersebut menjadi tular selepas polis yang melakukan serbuan di kediamannya menemukan tupai belaan Paulk yang diberi methamphetamine untuk menjadikannya agresif dan ganas.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini