PUTRAJAYA – Latheefa Beebi Koya hari ini memulakan tugas sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan memasuki pejabat, di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menerima surat pelantikan daripada Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar sebelum tiba di Ibu pejabat SPRM untuk mengetip kad perakam waktu tepat pukul 3.32 petang tadi.
Latheefa akan berkhidmat untuk tempoh kontrak selama dua tahun berkuat kuasa 1 Jun lalu menggantikan Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull yang memendekkan perkhidmatan kontrak lebih awal daripada sepatutnya pada 17 Mei 2020.
Sebagai rekod, beliau merupakan wanita pertama dilantik menjawat jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.
Latheefa merupakan Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty. – UTUSAN ONLINE











