Latheefa lihat tindakan jangka panjang SPRM - Utusan Malaysia

Latheefa lihat tindakan jangka panjang SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Latheefa Beebi Koya akan melihat tindakan jangka panjang termasuk pendidikan bagi mewujudkan satu budaya yang tidak bertoleransi kepada rasuah.

Jelasnya, ia adalah hak asas setiap rakyat Malaysia untuk dibenarkan hidup, bekerja dan makmur dalam satu persekitaran yang bebas rasuah.

“Pagi ini, saya telah memulakan tugas hari penuh pertama saya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sudah banyak pendapat yang dikeluarkan sejak pelantikan saya diumumkan sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri. Sesiapa pun berhak menyoal, mengkritik atau mengeluarkan pendapat masing-masing dan ini tidak mengapa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Latheefa, tugas beliau jelas iaitu untuk membanteras rasuah di mana-mana sahaja.

Jelasnya, dengan sokongan dan dokongan rakyat dan pegawai-pegawai saya di SPRM, kami akan dapat mengubah Malaysia kepada satu masyarakat yang alah kepada rasuah dan bebas dari rasuah.

“Dengan pertolongan Allah SWT, saya berharap untuk berjaya dalam tugas saya ini,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini