PUTRAJAYA – Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Latheefa Koya telah dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu untuk tempoh kontrak selama dua tahun berkuat kuasa mulai 1 Jun lalu. Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memberitahu, perlantikan Latheefa itu telah diperkenan Yang di-Pertuan Agong selaras dengan subseksyen 5(1) Akta SPRM 2009. “Pelantikan ini adalah antara langkah pembaharuan penting ke arah proses reformasi institusi-institusi kerajaan,” katanya di…










