PUTRAJAYA – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenankan pelantikan Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Latheefa Beebi Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baharu untuk tempoh kontrak selama dua tahun berkuat kuasa mulai 1 Jun lalu. Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa keputusan itu selaras dengan subseksyen 5(1) Akta SPRM 2009. “Pelantikan ini adalah antara langkah pembaharuan penting ke…










