PUTRAJAYA 5 Jun – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo mengalu-alukan pelantikan Latheefa Beebi Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menyifatkan peguam itu layak dan sesuai untuk menggalas tanggungjawab baharu itu. Katanya, beliau telah mengenali Latheefa kerana masing-masing menjadi pengamal guaman dan berharap bekas pengarah eksekutif Lawyers for Liberty itu diberi masa untuk melakukan yang terbaik dalam tugas baharu itu. “Saya tidak terkejut dengan pelantikannya…beliau…









