KUALA LUMPUR 26 Jun – Kumpulan Utusan dijangka kembali mencatat keuntungan menjelang 2021 selepas bebas daripada belenggu hutang pada suku keempat tahun depan selain berjaya melupuskan beberapa aset bukan teras. Pengiklanan digital dan cetak yang semakin meningkat juga dijangka membantu kumpulan mencapai sasaran itu. Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Abd. Aziz Sheikh Fadzir berkata, sebagai sebuah syarikat perkhidmatan media, syarikat ini tidak memerlukan aset yang besar sebaliknya perlu berusaha mencapai akses kepada…










