KUALA LUMPUR- Seramai 100 murid Sekolah Kebangsaan Batu Sembilan, Cheras yang datangnya daripada keluarga kurang berkemampuan dibawa membeli-belah di sebuah pusat beli belah Mydin Wholesale Hypermarkemt USJ, Subang Jaya, baru-baru ini. Program anjuran Kumpulan Ambank itu memberi peluang anak-anak ini memilih pakaian baharu mereka sendiri untuk persiapan Hari Raya Aidilfitri. Pengerusi Kumpulan Ambank, Tan Sri Azman Hashim berkata, program di bawah tanggungjawab sosial pihaknya itu bertujuan membantu dan menceriakan golongan…










